Program ini dicipta istimewa untuk para wanita yang ingin
sentiasa cergas dan ingin dapatkan bimbingan mengenai
cara workout yang betul daripada coach.
Program ini dicipta istimewa untuk para wanita yang ingin sentiasa cergas dan ingin dapatkan bimbingan mengenai cara workout yang betul daripada coach.
Dibimbing oleh Coach wanita.
Privasi terjaga. Peserta dan jurulatih adalah terdiri dari golongan wanita.
Jurulatih Professional.
Coach Su atau pun nama sebenar beliau Rini Nur Suhada Binti Roslan merupakan seorang yang aktif di dalam bidang sukan dan kejurulatihan. Beliau aktif sejak dibangku sekolah dengan mewakili Kelantan sebagai atlet Hoki di MSSM dan SUKMA.
Tidak kurang dengan itu beliau juga aktif di peringkat universiti dengan terpilih untuk mewakili universiti di peringkat SUKIPT. Disebalik keaktifan coach Su beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan Kejurulatihan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Coach Su juga berpengalaman berkhidmat sebagai Fitness Trainer di Absolute Wellness Muallim pada 2021, Jurulatih Hoki Kanak-kanak bawah 12 (Kawasan Tg. Malim) pada tahun 2018 – 2020, dan timbalan presiden kelab hoki UPSI 2018 hingga 2021.
Kekal sihat dengan hanya 10 Minit sehari. Ini adalah online course yang mengumpulkan video senaman yang hanya perlukan 10 Minit sahaja. Akses adalah unlimited. Anda boleh ulang tonton dan ulang buat. Program ini turut disertakan dengan BONUS iaitu “Workout Calendar” yang dapat membantu anda keep track progress anda.
Peserta akan diberi link ke group telegram dan boleh berkomunikasi secara terus dengan coach. Peserta juga akan mendapat info kesihatan dan tips fitness secara direct daripada coach.