5 Manfaat Senaman “Skipping”

5 Manfaat Senaman “Skipping”

1. Boleh Menurunkan Berat BadanSenaman lompat tali atau “skipping” ini merupakan senaman berintensiti tinggi dan sesuai dijadikan amalan untuk menurunkan berat badan.

2. Dapat membakar kalori yang banyakSenaman ini dikategorikan sebagai “full body training” dan akan menggunakan tenaga serta membakar kalori yang tinggi semasa melakukan senaman.

3. Menambah Baik Kesihatan Jantung 15-30 minit “skipping” akan dapat meningkatkan stamina dan kesihatan jantung sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dalam jangka masa panjang.

4. Meningkatkan Koordinasi kaki dan tanganBermain lompat tali “skipping” dapat melatih otak dan tubuh badan seperti koordinasi tangan dan kaki yang bergerak mengikut ritma. Latihan ini amatlah sesuai untuk atlet sukan seperti sukan bola keranjang dan tinju.

5. Mengurangkan risiko Kecederaan Kaki dan Buku Lali. Skipping dapat membantu untuk meningkatkan kekuatan otot di sekitar tapak kaki dan buku lali. Hal Ini dapat merendahkan risiko dan kebarangkalian kecederaan pada bahagian tersebut kerana seluruh otot di bahagian kaki menjadi semakin kuat untuk menyokong tulang kaki.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *