-
Menyihatkan Jantung
- Melakukan senaman skipping adalah sangat baik untuk jantung kerana ianya salah satu senaman kardiovaskular yang bagus.
- Ianya akan melatih jantung agar dapat berfungsi dengan lebih baik.
-
Pembakar kalori
- Salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan tinggi.
- Apabila kita melakukan skipping selama 10-15 minit sahaja sudah mampu untuk membakar kalori lebih kurang 200-300 kalori.
- Malahan senaman skipping juga dikatakan lebih banyak membakar kalori jika dibandingkan dengan senaman kardio lain.
- Pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin mula menurunkan berat badan kerana ianya mudah dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
-
Lebih tenang
- Membuatkan kita lebih tenang kerana ketika kita melakukan skipping kita sedang mengawal pelbagai pergerakan termasuklah kaki dan tangan ketika melompat.
- Keseluruhan pengawalan pergerakan ini menjadikan kita lebih tenang kerana melakukan pergerakan yang berulang.
-
Menyeronokkan
- Sangat menyeronokkan terutama sekali bila kita sudah mahir melakukan gerakan-gerakan baru.
- Kadang-kadang berlatih buat skill baru ni lebih memenatkan dari melakukan lompatan biasa.
- Skipping sambil dengar lagu juga akan membuatkan kita lebih seronok.
-
Meningkatkan bone density
- Skipping juga dapat meningkatkan ketumpatan tulang.
- Menguatkan tulang di bahagian kaki kerana kita kerap berlatih menguatkannya melalui pergerakan kaki.
- Namun, bagi mengelakkan kecederaan bahagian kaki, kita haruslah berlatih dan mendapatkan form lompatan yang betul.
-
Boleh dilakukan di mana-mana
- Boleh dilakukan di mana-mana sahaja tampa memerlukan ruang atau kawasan yang luas.
- Boleh dilakukan di rumah, bilik dan pelbagai tempat berbanding dengan senaman lain seperti jogging atau berbasikal yang memerlukan kawasan luas seperti taman perumahan dan padang.