AEROBIC VS ANAEROBIC. YANG MANA PALING BAIK UNTUK BAKAR LEMAK?

AEROBIC VS ANAEROBIC. YANG MANA PALING BAIK UNTUK BAKAR LEMAK?

Sains moden sekarang menunjukkan bahawa senaman yang dihasilkan mempunyai kebaikan tersendiri. Ia bergantung kepada target seseorang, jenis bentuk badan dan kesannya berlainan mengikut orang.

Jika anda mempunyai target untuk kurus, senaman manakah yang paling sesuai? Soalan yang mudah tetapi perlukan ilmu yang lebih untuk mengetahuinya. Anda perlu tahu antara senaman aerobic atau anaerobic, manakah yang terbaik untuk badan anda?

Anda boleh bezakan senaman ini dengan penggunaan oksigen. Ketika senaman aerobic, badan memerlukan oksigen untuk memastikan proses berjalan dengan lancar tanpa menggunakan tenaga tambahan dalam badan. Manakala, ketika senaman anaerobic, kandungan oksigen tidak mencukupi untuk memberi tenaga kepada bahagian otot yang aktif. Jadi, otot akan mula menggunakan gula dalam badan dan kesannya adalah penghasilan asid laktik yang tinggi.

Bagaimanapun, cara mudah untuk membezakan kedua-dua senaman ini adalah seperti berikut: senaman aerobic adalah aktiviti yang ringan dan boleh dilakukan dalam tempoh masa yang lama seperti berlari perlahan atau jogging. Contoh aktiviti anaerobic pula adalah aktiviti yang dilakukan dengan intensiti tinggi dalam tempoh masa yang singkat seperti lari 100m.

Cuba anda teka, senaman mana yang akan mebakar lemak?

Kedua-duanya meningkatkan metabolisma selama beberapa jam selepas senaman. Senaman terbaik adalah menggabungkan kedua-duanya dalam satu masa.

Senaman aerobic dapat meningkatkan ketahanan badan dan kesihatan jantung manakala senaman anaerobic membantu pembakaran lemak serta meningkatkan saiz otot. Ramai yang menggabungkan kedua-dua jenis senaman ini kerana ia boleh memaksimumkan pembakaran lemak dalam badan sekaligus dapat membina otot. Ia juga dapat memberi kesan baik kepada jantung anda. Jadi, pilihlah senaman sesuai mengikut target anda.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *