Air Dan Sukan

Air Dan Sukan

  • Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), air memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan dan prestasi yang optimum atlet atau individu bersukan.

  • Salah satu fungsi air yang sangat penting adalah untuk menyejukkan badan. Semasa bersukan, otot yang bekerja akan menghasilkan tenaga dan ini akan meningkatkan suhu badan.

  • Peningkatan suhu badan ini akan menyebabkan individu tersebut berpeluh dan fungsi peluh ini adalah untuk menyejukkan badan.

  • Peluh yang keluar itu perlu diganti dengan air dan sekiranya ia tidak diganti, imbangan air di dalam badan akan terganggu dan boleh menyebabkan dehidrasi.

.

.

Air Kosong atau Air Isotonik?

  • Pengambilan air kosong yang mencukupi adalah digalakkan kepada semua individu dan ia tidak menjadi masalah untuk diambil selepas bersukan.

  • Ini kerana pengambilan air kosong lebih sesuai diminum jika aktiviti sukan yang diambil itu tidak melebihi tempoh satu jam.

  • Air isotonik sering dikenali sebagai minuman sukan. Air isotonik pula sangat sesuai untuk aktiviti sukan yang melebihi tempoh satu jam dan menggunakan tenaga yang banyak.

  • Ini kerana air isotonik ini sebenarnya dapat menyegarkan tubuh badan para atlet selepas berkerah melakukan aktiviti sukan.

  • Kebanyakan minuman sukan ini mengandungi bahan yang sama iaitu air gula, garam dan kalium. Setiap bahan tersebut mempunyai fungsi tertentu seperti:

  1. Air berfungsi untuk menyegarkan semula tubuh badan selepas bersenam.
    2. Gula memberikan karbohidrat untuk tenaga.
    3. Garam membantu mengekalkan air.
    4. Kalium membantu dalam fungsi otot.

  • Menurut kajian, air isotonik tidak memberi kesan kepada individu yang bersukan secara sederhana dalam tempoh tidak melebihi satu jam dan hanya menyebabkan pengambilan gula menjadi tinggi.
  • Tetapi bagi atlet yang sangat aktif bersukan, air isotonik mungkin sesuai kerana minuman ini hanya sesuai jika seseorang itu benar-benar terlibat dengan sukan atau aktiviti berintensiti tinggi yang memerlukan penggunaan tenaga secara berterusan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *