Apa itu Body Recomposition?

Apa itu Body Recomposition?

Pernah tak dengar tentang body recomposition?

Secara amnya, body recomposition merujuk kepada jumlah lemak, otot, tulang dan air dalam tubuh. Body recomposition merupakan satu pendekatan di mana fokus utama adalah untuk menghilangkan lemak tetapi pada masa yang sama menambahkan otot. Selain dapat menangkas jumlah lemak, body recompostion ini juga dapat membantu menguatkan tubuh badan sekali gus meningkatkan jumlah pembakaran kalori.

Sebenarnya, kaedah body recomposition ini amat penting untuk menganalisa peratus lemak dan jisim otot untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan berbanding menghitung hanya berdasarkan Body Mass Index (BMI).

Tumpuan utama kaedah ini lebih tertumpu kepada komposisi tubuh berbanding berat .

Sebagai contoh, berat individu A pada dua bulan yang lepas ialah 62kg, dan berat sekarang masih lagi 62kg tetapi apabila indovidu A melihat diri sendiri di cermin terdapat perubahan; badan terasa lebih ringan, seluar dan baju semakin longgar, dan badan rasa cergas.

Macam mana nak buat body recomposition ini? Senang je, ikut langkah-langkah di bawah:

  • Kalori defisit
  • Senaman melibatkan penggunaan otot optimum
  • Diet dan nutrisi seimbang
  • Penggunaan suplemen yang betul

Kalori defisit

Cara ideal untuk membakar lemak dan meningkatkan jisim otot ialah dengan mengurangkan jumlah kemasukan kalori sambil buat senaman beban. Calorie in, calorie out. 

Senaman melibatkan penggunaan otot optimum

Senaman perlu seimbang dan menggunakan otot seluruh badan. Senaman kardio dan bebanan boleh digabungkan bersama untuk kesan yang maksimum.

Diet dan nutrisi seimbang

Makanan tinggi protein sangat digalakkan untuk membentuk otot. Contohnya daging merah, telur, produk bersusu. Namun, pastikan pemgambilan makanan mempunyai gizi dan nutrisi yang cukup untuk keperluan harian badan.

Penggunaan suplemen yang betul

Sumber paling efektif untuk meningkatkan jisim otot ialah dengan memakan suplemen protein. Protein juga masih boleh diambil melalui pemakanan harian. Untuk lebih info mengenai suplemen, boleh rujuk fitness coach atau mereka yang pakar tentang suplemen.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *