IF bukanlah satu bentuk diet, ianya merupakan satu bentuk pola pemakanan dimana waktu makan dan puasa diselang selikan.
Ianya bukan berdasarkan apa yang patut kita makan atau tidak, sebaliknya menekankan kepada bila waktu untuk makan.
IF bukan satu bentuk pemakanan yang memerlukan seseorang individu itu untuk berlapar. Ianya bukan untuk mereka yang terdesak untuk kurus supaya boleh muat dalam seluar saiz 2 atau mereka yang terdesak untuk dapatkan 6 ketul otot di perut. Anda masih perlu makan seperti biasa, cuma anda perlu ubah sedikit waktu sarapan anda.
Kebiasaannya anda akan mengambil keperluan kalori harian anda dalam kuantiti yang kecil 6 kali sehari, IF membolehkan anda mengambil mengambil 2-3 sajian lebih besar yang mana akan membantu anda untuk rasa kenyang dan puas serta mengurangkan kebarangkalian anda untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan (binge eating)
Kebanyakan orang akan makan SEPANJANG HARI.
Kebiasaannya mereka akan makan dari mula bangun tidur sehingga waktu tidur malam. Dengan IF kita akan menukar cara dan waktu makan tersebut yang akan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan kita – yang mana akan diterangkan kemudian nanti.
Dengan IF kita tidak lagi perlu makan secara sedikit dan kerap, sebaliknya kita akan ada satu waktu yang khusus untuk kita makan. Waktu ini dikenali sebagai “eating window” yang bermaksud dalam tempoh “eating wondow” ini kita perlu makan dan habiskan makanan yang perlu kita ambil.
Sebagai contoh, sekiranya kita mengamalkan konsep 16/8, bermaksud kita akan berpuasa selama 16 jam secara berterusan, dan kemudian kita akan ada 8 jam “eating window” dan anda boleh nikmati makanan yang perlu anda ambil pada hari tersebut.
Terdapat beberapa IF protocol, dan melalui program ini prestasi anda akan perlahan-lahan meningkat sehingga boleh mengamalkan puasa selama 16 jam setiap hari. Anda akan berpuasa selama 16 jam setiap hari dan makan keperluan anda dalam masa 8 jam “eating window”.
Anda tidak perlu risau kerana pada permulaan anda tidak perlu berpuasa selama 16 jam. Tetapi sekiranya anda mampu melakukannya, ianya satu bonus kerana anda akan dapat melihat keberkesanaan kaedah ini dengan lebih cepat. Untuk permulaan anda akan mengamalkan protokol yang lebih senang dan mudah untuk diamalkan.
Kita akan amalkan konsep ansur maju, dimana anda akan bermula dengan 12 jam puasa dan perlahan-lahan maju sehingga mencapai kebolehan berpuasa 16 jam sehari.
Bahagian “Protokol berpuasa” menunjukkan perubahan yang akan anda lalui untuk setiap minggu.
Anda akan menggunakan plan pemakanan yang disediakan sebagai petunjuk, dan ianya akan memberitahu anda bila untuk makan dan bila untuk berpuasa, tetapi anda sentiasa dialukan untuk menentukan waktu makan yang paling sesuai untuk anda, dan menyesuaikan dengan jadual dan gaya hidup anda.
Jadual pemakanan telah disediakan bagi memudahkan anda untuk tahu bila untuk makan dan apa yang perlu anda makan, dan bila untuk puasa. Tetapi anda juga boleh menyusun anda menyediakan jadual pemakanan mengikut keselesaan anda kerana jadual dan gaya hidup setiap individu adalah unik dan berbeza.
Apa yang penting adalah anda tahu bila waktu makan yang anda tetapkan dan hanya makan pada waktu itu, dan berpuasa pada lain-lain waktu. Sekiranya anda boleh amalkan secara konsisten, anda akan dapat lihat perubahan yang baik.
Disebabkan waktu anda berpuasa lebih lama berbanding waktu makan, ini memberi ruang kepada badan anda untuk menggunakan lemak badan yang tersimpan sebagai sumber tenaga.
Tanpa disedari, kebanyakan individu sudah berpuasa setiap hari iaitu pada waktu mereka tidur. Dengan mengamalkan IF anda hanya memanjangkan waktu puasa itu.