ARAS 3: PROTEIN DAN PRODUK TENUSU

ARAS 3: PROTEIN DAN PRODUK TENUSU

  • Aras ini terdiri daripada sumber utama protein iaitu ikan, ayam, itik, daging dan kekacang serta susu dan produk tenusu.

.

.

Saranan pengambilan harian bagi makanan di aras ini adalah seperti:

  • Ikan: 1 sajian

  • Ayam/ telur/ daging: 1-2 sajian

  • Kekacang: 1 sajian

  • Susu dan produk tenusu: 2 sajian

.

.

  • Bagus untuk tumbesaran dan kekuatan tulang dengan membekalkan kalsium, protein dan magnesium yang secukupnya.
  • Protein diperlukan oleh badan dalam proses membina dan menggerakkan metabolisme badan serta membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Kita disarankan untuk mengambil ikan dengan lebih kerap berbanding daging kerana ikan juga membekalkan omega 3 yang baik untuk otak.
  • Jika memilih untuk mengambil daging dan ayam, kita disarankan mengambil daging dan ayam yang kurang lemak dan kolesterol seperti buang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak.

.

.

  • Kekacang juga adalah antara sumber protein yang baik dan sumber serat yang baik. Kekacang digalakkan untuk diambil setiap hari.
  • Minum susu dan produk tenusu paling kurang sekali sehari bagi mengelakkan risiko osteoporosis (tulang rapuh di usia tua).

.

.

Contoh satu sajian telur, daging, ayam, ikan dan kekacang:

  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

.

.

Contoh satu sajian bagi susu dan produk tenusu:

  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *