Avocado Toast

Avocado Toast

Masa Penyediaan : 10 minit (4 Keping)

Kalori per hidangan : 896kcal, 65.5g lemak, 8.6g lemak tepu, 67.8g karbo, 5.2g gula, 24g fiber, 22.5g protein, 2.3g garam

Tips : Avocado kaya dengan lemak omega-3, lemak sihat yang kita semua perlukan untuk memastikan sel dan otak kita berfungsi dengan baik. Resepi ini membuatkan sarapan cepat dan ringkas namun berkhasiat – dihiasi dengan kacang dan bijian rempah yang sihat.

Bahan-bahan :
8 keping roti serat
4 sudu besar tahini
4 avocado besar, dikupas dan dipotong
Dukkah :
100g kacang hazel
80g biji bijan
2 sudu besar biji jintan
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu kecil lada
1 sudu kecil garam


Cara-caranya :

  1. Untuk membuat dukkah, panaskan oven hingga 180°C.
  2. Taburkan hazelnut ke atas loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 3-4 minit. Gosokkannya dengan tuala bersih untuk membuang kulitnya.
  3. Letakkan kacang hazel ke dalam pengisar dan proses sehingga menjadi cincangan kasar.
  4. Goreng kering biji bijan dalam kuali dengan api sederhana 1-2 minit, hingga keemasan. masukkan biji bijan dan kacang hazel ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan biji jintan dan biji ketumbar ke dalam periuk dan goreng kering selama 1-2 minit, hancurkan dengan penumbuk dan lesung. Masukkan rempah, lada, garam kekacang dan bijian dan gaul rata.
  6. Bakar roti dan ratakan setiap keping dengan tahini.
  7. Letakkan setiap roti bakar dengan setengah avocado, tumbuk sedikit dengan garfu, kemudian taburkan dengan dukkah untuk dihidangkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *