Bubur Nasi Ayam

22 November 2021 0 Comments

Masa Penyediaan : 30min, pax: 3-4 org

Kalori per hidangan : 158kcal, carbs 28g, protein 6g, fat 2g

Bahan – Bahan :

1 cawan beras wangi

1 keping dada ayam (dipotong dadu kecil)

½ batang lobak merah (dipotong dadu kecil)

2 cm halia muda (dimayang halus)

Air secukupnya

Daun bawang (dicincang)

Sedikit garam dan lada sulah

Cara-caranya :

  1. Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
  2. Dada ayam dan lobak merah dipotong dadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
  3. Didihkan bubur ayam beberapa minit sehingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah sedikit garam dan lada sulah.
  4. Tutup api dan angkat.
  5. Taburkan cincangan daun bawang ketika hidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *