Efek Buat Push-Ups

Efek Buat Push-Ups

  • Push up dilakukan dalam posisi meniarap, baring melintang dan kepala menghadap ke lantai, menaik dan menurunkan badan menggunakan lengan tangan. 

  • Mampu membentuk dan membina otot pectoral dan tricep.

  • Salah satu aktiviti yang paling berkesan untuk memperbaiki keseluruhan postur tubuh badan. 

KEBAIKAN:

  • Seperti kita melakukan aktiviti keseluruhan badan seperti mengangkat berat, stretching dan membuat sebarang aktiviti kardiovaskular.

  • Memberikan kebaikan yang besar kepada otot-otot abdomen dan bicep kita apabila kita sedang menggembangkan “stretching” tangan kita. 

  • Apabila kita melakukan push up, otot di belakang dan bawah badan kita akan mengecut (contract) untuk menstabilkan bentuk, otot abdomen akan mengembang dengan sendirinya.

  • Pergerakan asal push up melatih dada, tricep dan anterior deltoid serta mengembangkan (stretching) bahagian bicep dan belakang badan kita. Push up mampu meningkatkan saiz otot.

  • Jika ingin hasil yang lebih baik, ianya harus dilakukan secara konsisten dan bukan hanya sekejap-sekejap sahaja. 

JENIS:

  • Terdapat beberapa jenis push up iaitu ‘Wide Arm Push Up’, ‘Close Arm Push Up’ dan ‘Clap Push Up.

  • ‘Wide Arm Push Up’ akan memberikan tekanan yang lebih terhadap bahagian dada luar dan membantu mengembangkan ‘outer lats’ dan memberi ton yang lebih kepada tangan. 

  • ‘Close Arm Push Up’ pula akan memberikan tekanan yang lebih kepada bahagian tricep dan dada dan mampu mengembangkan (stretch) bahagian tengah belakang badan jika dibuat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. 

  • ‘Clap Push Up’ adalah satu aktiviti yang boleh dikatakan sakit berbanding dengan push up yang lain, namun ia sangat membawa kesan yang baik berbanding yang lain. Ia mampu meningkatkan pengembangan otot penjaluran dada dan lengan anda secara menyeluruh.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *