Siapa kat sini yang kaki gym mesti dah arif tentang rutin angkat berat dan senaman.
Ada banyak tujuan kenapa ramai yang ingin kekal aktif dengan bersenam; antaranya nak dapatkan bentuk badan yang fit dan meningkatkan tahap kesihatan. Tak kisah lah nak workout dalam atau luar gym, namun kita perlu tahu senaman yang bagaimana yang boleh membantu kita untuk capai target yang kita inginkan.
Untuk beginner mesti lah konfius nak mulakan yang mana dulu, kardio atau bebanan, yang mana agaknya lagi efektif. Tapi untuk yang berpengalaman mesti dah tahu bahawa senaman bebanan tu sebenarnya lagi baik berbanding senaman kardio.
Senaman Kardio
Kardio dipetik dari perkataan kardiovaskular yang bermaksud jantung. Jadi, senaman kardio bermaksud segala jenis senaman yang melibatkan jantung dan membuatkan jantung berdegup dengan laju. Ada banyak jenis kardio contohnya kardio berimpak tinggi (berlari,cross training) dan kardio berimpak rendah (berjalan, yoga).
Walaupun kardio boleh meningkatkan stamina namun selepas beberapa ketika, potensi untuk membina otot akan semakin menurun. Selalunya mereka yang melakukan banyak senaman kardio ni tujuannya untuk mengurangkan kilogram berat badan.
Senaman Bebanan
Senaman bebanan merangkumi penggunaan alatan seperti dumbbell, barbell, getah senaman untuk memberi beban kepada tubuh. Contohnya senaman bicep curl, bench press dan front raise. Ada juga senaman free weight atau bodyweight yang memberi lebih ruang untuk bergerak bebas contohnya senaman plank dan burpees.
Pembinaan otot seluruh badan hanya boleh dicapai melalui senaman bebanan. INGAT! Otot-otot ialah metabolisma di mana semakin banyak otot yang anda ada, semakin banyak kalori yang anda bakar walaupun masa anda tengah rehat.