Kebaikan Squat

Kebaikan Squat

  1. Membina otot di seluruh badan

  • Squat mampu untuk membina otot asas dan memperkuatkan otot kaki. Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, tetapi tenaga yang digunakan begitu banyak hingga ke seluruh badan penggunaan otot yang terlibat.

  1. Menambah baik peredaran darah

  • Regangan yang dilakukan melalui senaman squat dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar serta dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

  1. Membantu penghadaman yang lebih baik

  • Pergerakan squat akan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lebih baik dan lancar. Pergerakan turun naik yang dibantu tarikan graviti akan memudahkan pembuangan air besar.

  1. Meningkatkan kestabilan

  • Senaman squat yang dilakukan dengan cara yang betul akan dapat memberikan kestabilan otot kaki serta dapat mengelakkan diri daripada mudah terjatuh.

  1. Membakar lemak dan menurunkan berat badanĀ 

  • Senaman squats juga akan membantu dalam proses pembakaran kalori dan lemak dalam badan anda. Senaman squat dapat membakar 700 kalori untuk setiap 5kg otot yang terbina. Jadi, ianya dapat membantu mengekalkan kecergasan sambil mengawal lebihan berat badan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *