Nak Turun Berat Badan Tapi Berat Badan Naik Pulak! 5 Sebab Anda Perlu Tahu?

Nak Turun Berat Badan Tapi Berat Badan Naik Pulak! 5 Sebab Anda Perlu Tahu?

  1. Penambahan otot badan
    .
    Apabila anda mula bersenam untuk kali pertama atau mungkin mengubah rutin anda dan mula melakukan senaman baharu, anda mungkin akan menghasilkan otot.
    .
    Mungkin anda kehilangan lemak, tetapi otot anda mempunyai berat lebih daripada lemak yang anda bakar,jadi anda tidak akan melihat apa-apa keputusan pada penimbang berat badan.
    .
    Jika ini berlaku , jangan panik dan jangan berputus asa terus konsisten . Ingat, berat badan bukan menjadi ukuran untuk bentuk badan yang langsing dan sihat.
    .
    Cuba gunakan ukuran alternatif untuk mengukur kemajuan anda seperti saiz pakaian anda atau lilitan pinggang untuk mencerminkan perbezaan. Juga menilai kemajuan anda dengan melihat diri sendiri pada cermin.
    .
    .

  1. Makan makanan tidak sihat
    .
    Ramai orang menggunakan alasan bersenam di gimnasium sebagai alasan untuk menikmati pelbagai jenis makanan kegemaran mereka termasuklah makanan yang tidak sihat, dengan alasan bahawa mereka telah membakar kalori dan kini boleh makan apa sahaja yang mereka mahu.
    .
    Kebanyakan orang makan makanan yang terlalu tinggi dari segi jumlah kalori yang mereka bakar di gimnasium dan akhirnya berat badan mereka naik.
    .
    Untuk mengurangkan berat badan, gabungkan bersenam dengan makanan makan yang sihat.
    .
    .

  1. Latihan dan senaman yang tidak berkesan
    .
    Ada orang yang pergi ke gimnasium bukan untuk bersenam dan membakar kalori,tetapi sekadar berborak kosong dan melepak terutamanya jika ada teman.
    .
    Adalah penting supaya anda ingat yang kalori tidak boleh dibakar dengan hanya pergi ke gym tau, anda perlu bersenam!
    .
    Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada jurulatih peribadi, yang boleh membantu anda mencari tahap intensiti dan jenis senaman yang paling sesuai dengan anda.
    .
    .

  1. Senaman yang salah
    .
    Ramai orang, khususnya di kalangan lelaki, pergi ke gym dan hanya mengangkat berat.
    .
    Walaupun latihan rintangan pasti boleh membantu menurunkan berat badan, adalah penting untuk anda ingat bahawa senaman aerobik dan kardio jauh lebih berkesan untuk membakar kalori.
    .
    Untuk hasil yang terbaik, gabungan kardio dan senaman rintangan.
    .
    .

  1. Meningkatkan selera makan
    .
    Apabila anda mula bersenam, terutamanya jika anda tidak aktif sebelum ini, anda mungkin akan mendapati bahawa selera makan anda bertambah.
    .
    Ini adalah perkara biasa kerana pembakaran tenaga semasa bersenam dan ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan jika anda makan lebih banyak dari yang sepatutnya.
    .
    Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, pilih makanan ringan yang sihat dan makanan yang membuat anda kenyang untuk masa yang lebih panjang, seperti makanan yang rendah kandungan karbohidrat dan makanan berprotein tinggi.
    .
    Cuba makan selepas bersenam untuk mengurangkan rasa ingin makan. Pilihan yang baik termasuk yogurt semula jadi rendah lemak dengan buah-buahan atau bijirin serat tinggi dengan susu rendah lemak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *