PENGAMBILAN PROTEIN

PENGAMBILAN PROTEIN

Jika protein diambil dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan, ia akan menyebabkan kesan dan komplikasi kepada badan. Kesan protein berlebihan terbahagi kepada dua iaitu kesan dalam jangka masa pendek dan kesan dalam jangka masa panjang.

Untuk jangka masa yang pendek, pengambilan protein yang tinggi akan kelihatan biasa dan selamat kepada orang dewasa yang sihat. Pengambilan cecair yang mencukupi adalah penting untuk mengelakkan berlakunya penyahhidratan (dehydration).

Selain protein, karbohidrat dan lemak juga penting untuk badan. Untuk jangka masa yang panjang, protein yang tinggi akan meningkatkan risiko pengeluaran kalsium dari badan.

Ia juga akan memberi kesan buruk kepada buah pinggang seperti meningkatkan risiko mendapat menyakit atau kerosakan buah pinggang.

 

KESAN PENGAMBILAN TENAGA DARIPADA PENGAMBILAN PROTEIN

  1. Untuk kesan jangka masa yang panjang, tenaga akan berkurang dan tidak mencukupi kerana pengambilan protein yang rendah.
  2. Jika berlaku sedemikian, pengambilan protein seharian perlu dipertingkatkan. Pegambilan protein selalunya rendah dalam kalangan atlet kerana masalah pemakanan atau eating disorder.
  3. Hal ini kerana sesetengah atlet mengamalkan diet yang melampau untuk mengekalkan berat badan.

Bagi jangka masa yang pertengahan atau intermediate-term, tenaga akan berkurang dari jumlah yang sedikit hingga sederhana dan akan menyebabkan berat badan berkurangan.

Kajian yang mengatakan pengambilan tinggi protein dan diet yang mengurangkan tenaga lebih berkesan dalam mengurangkan lemak dan berat badan adalah tidak tepat.

Kajian tentang masalah ini masih lagi kurang dan memerlukan lebih kajian. Untuk jangka masa yang pendek, pengurangan tenaga akan memberi kesan penurunan berat badan tetapi diet ini akan memberi kesan kepada badan seperti hilang air dari badan dan protein.

Berikut adalah kesan masalah yang berkaitan dengan kurang pengambilan protein dan kalori.

  • Tidak berupaya untuk membina atau mengekalkan otot rangka.
  • Tidak berupaya untuk menyokong sepenuhnya fungsi system imunisasi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *