Rise & Shine Muffins

Rise & Shine Muffins

Masa Penyediaan : 25 Minit – 40 Minit

Kalori per hidangan : 277 Kal | 12.1G Lemak | 8.7G Lemak Tepu | 37.7G Karbo | 13.3G Gula | 3.9G Serat | 5.9G Protein | 0.2G Garam

Extra Info : Muffin yang penuh nutrien ini adalah sesuai untuk hidangan sarapan pagi, makan tengah hari atau untuk berkelah kerana ia senang dibawa. Anda boleh membuatnya terlebih dahulu, membekukannya secara berasingan, kemudian keluarkan seberapa banyak yang anda mahu dan cairkan.

Bahan-bahan :

125g tepung putih

75g tepung gandum

2 sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil serbuk kayu manis

75g gula perang

150g granola

50g oat

2 biji pisang (kupas dan tumbuk)

200g Greek-style yogurt

100ml susu

100g minyak kelapa

200g raspberi

1 sudu kecil biji labu

Cara-caranya :

  1. Panaskan ketuhar sehingga 200⁰C. Susun 12-cm per segi ‘baking paper’ ke dalam setiap lubang muffin tin.
  2. Letakkan tepung putih, tepung gandum, serbuk penaik, serbuk kayu manis, gula, granola dan oat ke dalam mangkuk besar.
  3. Kemudian, ambil mangkuk yang lain dan campurkan pisang, yogurt, susu dan minyak kelapa.
  4. Campurkan ramuan yang cair ke dalam mangkuk yang mengandungi ramuan kering dan gaulkan. Campur raspberi, simpan 12, dan campur lagi; jangan terlalu larut kerana sedikit tepung mestilah dipamerkan.
  5. Bahagikan campuran tersebut ke dalam 12 kertas, dan kemudian letakkan raspberi di atas setiap muffin dan taburkan biji labu.
  6. Bakar muffin tersebut di dalam ketuhar selama 25 minit sehingga warna keemasan. Tinggalkan selama 5 minit supaya ia sejuk di dalam tin. Kemudian keluarkan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *