Sarapan dan senaman pagi adalah gaya hidup sihat yang wajar diamalkan untuk menjaga kesihatan. Sarapan sememangnya penting untuk memenuhi keperluan nutrien setelah tubuh tidak mendapat bekalan makanan sepanjang waktu tidur. Sementara itu, untuk bersenam, tubuh anda juga memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga. ➡️ Jika anda bersenam setelah sarapan, tubuh anda akan memiliki lebih banyak kalori untuk dibakar, tetapi pencernaan makanan dengan sempurna memerlukan waktu. Namun, senaman sebelum sarapan ini juga dikenali sebagai “fasted state” dan dipercayai dapat membantu penurunan berat badan dengan cepat.
.
.
Adakah bersenam pada perut kosong membantu anda menurunkan berat badan yang lebih?
.
? Bersenam pada perut kosong juga dikenali sebagai kardio berpuasa. Teorinya adalah badan akan menggunakan lemak tersimpan dan karbohidrat untuk mendapatkan tenaga dan bukannya dari makanan yang baru dimakan, yang membawa kepada tahap kehilangan lemak yang lebih tinggi.
? Namun begitu, sebahagian daripada kajian penyelidikan menyatakan bahawa tiada pembezaan antara kedua-dua yang mengambil sarapan atau yang tidak mengambil sarapan sebelum senaman pagi setelah mengukur berat, peratus lemak badan dan lilitan pinggan selama empat minggu. Selain itu, kajian juga menjelaskan, senaman pagi sebelum sarapan tidak akan membuatkan anda ingin makan lebih banyak atau kelaparan
sepanjang hari.
Dengan bersenam sebelum bersarapan, tenaga yang dibakar juga akan lebih banyak kerana diperoleh daripada bekalan makanan yang sudah ada di dalam tubuh. Bersenam pada perut kosong juga boleh menyebabkan badan anda menggunakan protein untuk menjana tenaga. Hal ini menyebabkan badan akan kekurangan protein yang diperlukan membina dan membaiki ototselepas bersenam.
? Sekiranya matlamat anda untuk membakar lemak semasa bersenam, elakkan makanan dan minuman berkarbohidrat beberapa jam sebelum/semasa senaman kardiovaskular (jogging, aerobik). Tapi pastikan intensiti senaman tersebut tidak tinggi atau dalam lingkungan 60% kadar maksima degupan jangtung.
Contoh senaman yang sesuai uphill brisk walking. Tetapi performance semasa bersukan juga akan berkurang.
? Sekiranya anda melakukan senaman seperti High Intesiti Interval Training (HIIT) atau aerobik impak tinggi, anda harus mengambil hidangan sebelum bersenam untuk memenuhi bekalan glycogen sebagai sumber tenaga. Hal ini kerana, badan tidak sempat untuk membakar lemak dan terpaksa gunakan glycogen yang terkandung dalam otot.
Begitu juga untuk senamam pemberat atau weight training, wajib makan sebelum. Hal ini kerana, badan tidak sempat untuk pecahkan lemak sebagai sumber tenaga dan perlukan tengaga yang cepat daripada belakan glycogen badan. Jadi makan atau minum dalam 30min sebelum dan selepas bersenam. Untuk senaman pemberat, disyorkan nisbah protein:karbohidrat dalam 1:2 (kalau 10g protein, ambil lah 20g karobhidrat). Pilih kombinasi karbohidrat yang mudah dan yang lambat hadam supaya ada bekalan sepajang masa.
? Pilih hidangan sebelum senaman perlu la memilih makanan syang mudah dicerna yang mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak. Selain itu, pengambilan makanan perlulah kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum senaman anda.
Jika kekurangan masa untuk makan, boleh mengambilsnek pada bar tenaga, sandwic mentega kacang, atau buah-buahan segar atau kering. pastikan kekal terhidrat sebelum, semasa, dan selepas bersenam dengan minum air, minuman sukan, atau jus.
Posted inFitness