TOFI adalah sebuah akronim yang bermaksud “Thin Outside Fat Inside”.
Kurus dan mempunyai BMI yang normal tidak bermakna kita sihat, kadangkala rutin dan tabiat harian kita membawa kita ke arah yang tidak sihat biarpun penampilan luaran kita kelihatan kurus.
Faktor terjadinya TOFI ini kepada seseorang adalah apabila banyak kolesterol dan lemak viseral yang terkumpul pada organ-organ dalaman dan juga di dalam salur darah.
Tidak aktif dan sering mengambil makanan tinggi gula dan tinggi lemak menjadi punca kepada TOFI.
Individu TOFI sering mengalami kelesuan kerana kadar metabolisme menjadi rendah serta berisiko untuk mendapat penyakit penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, strok dan penyakit buah pinggang.
Senaman berintensiti tinggi merupakan senaman terbaik untuk mengelakkan TOFI.
Contoh senaman yang sesuai seperti:
1️⃣ HIIT -High Intensity Interval Training
2️⃣ AMRAP- As Many Repetition As Possible
3️⃣ EMOM- Every minute on the minute
Ciri ciri TOFI
1️⃣ Kelihatan Kurus
2️⃣ mempunyai BMI normal
Faktor TOFI
1️⃣ Tinggi Lemak visceral
2️⃣ Tinggi kolesterol
3️⃣ Tidak Aktif
4️⃣ Pengambilan makanan yang tinggi gula dan tinggi lemak
Akibat
1️⃣ Kelesuan
2️⃣ Berisiko diserang penyakit kronik
Senaman Sesuai
1️⃣ HIIT
2️⃣ AMRAP
3️⃣ EMOM