Bahan – Bahan :
• 1 keping wrap wholegrain
• 2 biji telur
• 1 biji bawang holland saiz sedang
• 1/2 tapak tangan isi ayam (cincang kecil)
• 2 biji cili padi (1 merah 1 hijau-cantik)
• 1-2 sudu minyak zaitun
• Garam bukit
Cara – cara :
- Tumiskan bawang holland menggunakan minyak zaitun.
- Masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan masak
- Taburkan sedikit garam bukit. Siap dan asingkan
- Potong wrap mengikut bentuk idaman anda (bulat atau bintang)-lubung tengah
- Panaskan wrap dalam pan
- Balikkan wrap
- Pecahkan 2 biji telur di bahagian tengah wrap yang berlubang itu
- Taburkan isi ayam yang sudah dimasak tadi
- Tabur cili padi merah dan hijau
- Angkat dan sedia hidangkan