Elbow Squeeze and Shoulder Press (15 ulangan)
Cara Melakukannya:
Berdiri dengan kaki selebar bahu.
Dengan dumbbell di tangan, angkat tangan ke atas membentuk 90 darjah di paras kepala.
Lebarkan lengan anda ke setiap sisi dengan lurus.
Kembali ke kedudukan permulaan dan teruskan untuk pengulangan yang diinginkan.
Lateral Plank Walk (5 ulangan)
Cara Melakukannya:
Posisi badan anda berada dalam keadaan plank, pastikan otot teras anda setiasa dikunci.
Langkah kaki kiri dan tangan kanan secara serentak ke sisi, Kemudian langkah kaki kanan dan kaki kiri anda untuk kembali ke posisi asal.
Pastikan tangan dan kaki anda melangkah 2 kali di sebelah kiri, kemudian kembali ke tangan dan ulangi perkara yang sama sebelah kanan.
Bridge and Chest Press (10 ulangan)
Cara Melakukannya:
Baring dengan lutut dibengkokkan dan pastikan kedudukan tapak kaki rata di atas lantai sambil tangan memegang dumbbell.
Angkat pinggul sehingga sehingga badan lurus dari bahu hingga lutut. Lebarkan bahu dan angkat dumbbell ke atas.
Perlahan-lahan turunkan lengan anda dan ulangi pergerakan dengan megekalkan kedudukan yang betul.
Dumbbell Pullover (5 ulangan)
Cara Melakukannya:
Baring dengan lutut dibengkokkan dan pastikan kedudukan tapak kaki rata di atas lantai sambil tangan memegang dumbbell.
Luruskan lengan anda ke atas dan gerakkan perlahan-lahan ke belakang kepala hampir menyentuh lantai. Pastikan tangan anda sentiasa lurus.
Kembali ke kedudukan asal dan ulangi untuk pengulangan yang diinginkan.