Skip to content
-
BUKAN HARI-HARI
- Kunci utama dalam menurunkan berat badan, bukannya melakukan aktiviti senaman pada setiap hari.
- Anda disarankan untuk melakukan senaman 3-4 kali dalam seminggu.
- Pilih dan sesuaikan jadual senaman anda mengikut waktu anda sendiri.
-
JANGAN SIBUK MEMILIH PAKAIAN
- Ini antara masalah yang ada pada sebahagian daripada kita.
- Anda tidak perlu mewajibkan memakai pakaian seperti baju jersey, kasut sukan yang mahal dan jenama yang nampak cool.
- Pakaian hanyalah sampingan sahaja. Pakai saja pakaian yang anda rasa paling SESUAI dan SELESA untuk bersenam.
-
TEMPAT BERSENAM
- Ini merupakan masalah yang sangat serius bagi mereka yang alami masalah obesiti terutamanya. Ini kerana confident level bagi mereka yang obes tersangatlah rendah.
- Untuk permulaan, pilih tempat senaman yang tidak ramai orang. Anda juga boleh melakukan senaman di rumah bagi menjimatkan masa.
-
SENAMAN PALING RINGKAS
- Jangan lakukan senaman ‘high intensity’ secara mengejut bagi yang baru berjinak dalam bersenam.
- Mulakan senaman dengan gaya yang santai dan tidak terlalu membebankan badan terutamanya yang ada masalah obes. Contohnya, berjalan pantas, slow jog, berbasikal dan lain-lain lagi.