BERLARI VS BERJALAN. MANA YANG TERBAIK UNTUK ANDA?

BERLARI VS BERJALAN. MANA YANG TERBAIK UNTUK ANDA?


Terdapat banyak sebab anda melakukan senaman berlari antaranya adalah untuk kurus dan untuk tingkatkan tenaga. Berlari boleh membantu kesihatan jantung, menstabilkan emosi dan mengurangkan risiko penyakit. Malah ia juga bagus untuk menurunkan serta mengekalkan berat badan ideal.

BERJALAN ATAU BERLARI?
Seperti yang anda tahu, berjalan dan berlari merupakan aktiviti yang memberi banyak manfaat kepada tubuh badan anda. Terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa berlari adalah lebih baik berbanding berjalan. Ramai yang lebih suka berlari berbanding berjalan samada di padang mahupun di atas treadmill. Bagi seseorang yang beratnya 80 kg, jika dia berlari, badannya mampu membakar kalori sebanyak 800 kalori setiap jam berbanding berjalan yang hanya membakar lemak 300 kalori sahaja.

Lebih menarik lagi, satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa walaupun pelari dan pejalan kaki menghabiskan jumlah tenaga yang sama (bermakna pejalan kaki menghabiskan lebih banyak masa bersenam dengan jarak yang lebih jauh), pelari masih dapat menghilangkan berat badan. Mereka juga mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengekalkan BMI dan lilitan pinggang mereka.

Perbezaan itu mungkin dijelaskan oleh satu lagi kajian baru-baru ini, yang menunjukkan bahawa berjalan mengawal hormon selera kita lebih baik daripada berjalan. Selepas berjalan kaki, peserta diminta untuk makan jamuan, pejalan kaki mengambil 50 kalori lebih daripada kalori yang dibakar dan pelari makan 200 kalori lebih daripada yang dibakar. Pelari juga mempunyai tahap peptida hormone YY yang lebih tinggi, yang boleh menyekat selera makan. Hormon peptida YY merupakan hormone yang dirembes di saluran usus kecil. Fungsinya adalah mengurangkan selera makan dan pengambilan makanan bagi atlet. Apabila hormon ini meningkat, atlet akan kurang selera makan.

Selain menurunkan berat badan, berjalan juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita. Para penyelidik menganalisis data dari Kajian Kesihatan Pelari Nasional dan Kajian Kesihatan Pelajar Kebangsaan dan mendapati bahawa orang yang menghabiskan jumlah kalori yang sama, tidak kira sama ada mereka sedang berjalan atau berlari, manfaat kesihatannya adalah sama. Ia mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan diabetes, dan kesihatan kardiovaskular.

Berlari memberi lebih banyak tekanan pada badan dan meningkatkan risiko kecederaan seperti lutut, hamstring, dan splash shin walaupun mereka seorang pelari yang paling konsisten. Dengan ini,ramai yang lebih cenderung untuk melakukan aktiviti yang lebih selamat iaitu berjalan.

LAKUKAN LANGKAH TERBAIK
Apabila anda tidak mampu berlari, berjalan dengan menggunakan alat pemberat mungkin penyelesaian terbaik untuk mendapatkan aktiviti yang bertenaga. Satu kajian menunjukkan berjalan kaki pada 4 mph di atas treadmill dengan menggunakan pemberat pada tangan dan buku lali adalah setanding dengan berlari pada 5 mph tanpa pemberat.

Pastikan badan bersedia untuk melakukan sesuatu senaman. 60% pelari mengalami kecederaan yang cukup serius membuatkan mereka menjadi kurang aktif. Ingat bahawa setiap sesi latihan mungkin terlalu berat dan anda perlu fokus. Lakukan mengikut kemampuan badan anda dan jangan tinggalkan renangan untuk pemanasan dan penyejukan badan yang betul. Cara tersebut adalah cara untuk mengelakkan kecederaan.

Senaman kardiovaskular dapat membantu mengekalkan kesihatan badan anda, menstabilkan emosi dan meningkatkan tenaga. Bagaimanapun,berlari dapat mebakar kalori lebih tinggi berbanding berjalan. Berlari juga dapat mengawal selera makan, jadi pelari akan turun lebih banyak berat badan berbanding pejalan kaki. Namun, tidak semua menyukai aktiviti berlari kerana ia dapat memberi risiko kecederaan. Langkah terbaik adalah berlari dengan kadar perlahan tetapi anda menggunakan alat pemberat di tangan dan buku lali.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *