1. Ukur kepanjangan tali dengan betul
- Pengukuran tali skipping dengan cara yang betul amat penting sebelum melakukan lompatan.
- Caranya, pegang tali skipping dengan kedua tangan dan memijak lebihan tali dengan kaki.
- Pada asasnya, pemegang tali skipping haruslah berada di aras bawah bahu.
- Lebihan tali skipping boleh dipendekkan dengan mengikat tali tersebut seperti “knot” ataupun mengubah kepanjangannya pada “stopper” yang terdapat di bahagian pemegang tali skipping.
- Tali terlalu panjang akan menyebabkan anda melompat dengan tangan terlalu terbuka, manakala tali pendek akan menyebabkan kaki tersangkut pada tali.
.
2. Pemegang tali skipping perlu berada pada aras pinggang
- Biasakan pegangan tali skipping pada aras pinggang dan menghampiri badan.
- Ini penting bagi memastikan form skipping anda betul dan supaya dapat melompat dengan lebih lama.
- Teknik ini juga akan memudahkan untuk berlatih skill yang lain seperti cross over, double under dan banyak lagi.
.
3. Hanya pusing pergelangan tangan sahaja
- Ini merupakan kesilapan yang sering berlaku bagi mereka yang mula melalukan skipping dengan memusingkan keseluruhan tangan.
- Cara yang paling tepat adalah anda hanya perlu memusingkan pergelangan tangan sahaja bagi mendapatkan pusingan lengkap.
- Memusingkan keseluruhan tangan akan menjadikan anda lebih penat dan sukar mengawal form ketika skipping.
.
4. Lompat dan ‘landing’ guna kaki hadapan
- Pastikan anda melompat dengan menggunakan kaki bahagian hadapan sahaja.
- Jangan dan cuba elakkan “landing” dengan keseluruhan tapak kaki ataupun tumit bagi mengelakkan kecederaan.
.
5. Melompat dengan rendah dan jangan bengkokkan kaki
- Ketinggian lompatan yang diperlukan hanyalah sekitar 1 – 2 inchi.
- Lompatan yang terlalu tinggi bukan sahaja akan memenatkan tetapi juga boleh memberikan kecederaan pada kaki.
- Kaki pula jangan terlalu membengkok ketika melompat.