5 Cara Skipping Dengan Betul

5 Cara Skipping Dengan Betul

1. Ukur kepanjangan tali dengan betul

  • Pengukuran tali skipping dengan cara yang betul amat penting sebelum melakukan lompatan.
  • Caranya, pegang tali skipping dengan kedua tangan dan memijak lebihan tali dengan kaki.
  • Pada asasnya, pemegang tali skipping haruslah berada di aras bawah bahu.
  • Lebihan tali skipping boleh dipendekkan dengan mengikat tali tersebut seperti “knot” ataupun mengubah kepanjangannya pada “stopper” yang terdapat di bahagian pemegang tali skipping.
  • Tali terlalu panjang akan menyebabkan anda melompat dengan tangan terlalu terbuka, manakala tali pendek akan menyebabkan kaki tersangkut pada tali.

.

2. Pemegang tali skipping perlu berada pada aras pinggang

  • Biasakan pegangan tali skipping pada aras pinggang dan menghampiri badan.
  • Ini penting bagi memastikan form skipping anda betul dan supaya dapat melompat dengan lebih lama.
  • Teknik ini juga akan memudahkan untuk berlatih skill yang lain seperti cross over, double under dan banyak lagi.

.

3. Hanya pusing pergelangan tangan sahaja

  • Ini merupakan kesilapan yang sering berlaku bagi mereka yang mula melalukan skipping dengan memusingkan keseluruhan tangan.
  • Cara yang paling tepat adalah anda hanya perlu memusingkan pergelangan tangan sahaja bagi mendapatkan pusingan lengkap.
  • Memusingkan keseluruhan tangan akan menjadikan anda lebih penat dan sukar mengawal form ketika skipping.

.

4. Lompat dan ‘landing’ guna kaki hadapan

  • Pastikan anda melompat dengan menggunakan kaki bahagian hadapan sahaja.
  • Jangan dan cuba elakkan “landing” dengan keseluruhan tapak kaki ataupun tumit bagi mengelakkan kecederaan.

.

5. Melompat dengan rendah dan jangan bengkokkan kaki

  • Ketinggian lompatan yang diperlukan hanyalah sekitar 1 – 2 inchi.
  • Lompatan yang terlalu tinggi bukan sahaja akan memenatkan tetapi juga boleh memberikan kecederaan pada kaki.
  • Kaki pula jangan terlalu membengkok ketika melompat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *