Marching Twist / 60 saat
Berdiri dengan langkah selebar bahu dengan kedua tapak tangan di belakang
kepala.
Angkat lutut kanan ke dada dan pusingkan siku kiri ke arah lutut secara serentak.
Kembali ke kedudukan asal, kemudian angkat lutut kiri ke dada dan pusingkan siku
kanan ke arah lutut.
.
.
Alternating Toe Touches / 30 saat
Berdiri dengan kaki dilebarkan dan kedua tangan didepakan seperti huruf T.
Dengan kaki berada dalam keadaan lurus, putar badan sehingga tangan kanan
menyentuh kaki kiri.
Kembali ke kedudukan asal, kemudian putar badan sehingga tangan kiri menyentuh
kaki kanan.
.
.
Downward Facing Dog / 30 saat
Pastikan posisi badang berada dalam keadaan merangkak.
Tekan kedua-dua belah tangan dan angkat pinggul ke atas seperti huruf V terbalik.
Tahan, pastikan tulang belakang anda lurus dan tekan tumit untuk meregangkan otot
bahagian bawah badan.
Tahan selama 30 saat.
.
.
Child’s Pose / 60 saat
Pastikan posisi badang berada dalam keadaan merangkak.
Duduk ke bawah tumit dan angkat lengan ke sisi dengan tapak tangan menghadap
ke atas
Pastikan dahi anda menyentuh ke lantai dan tahan selama 60 saat.
.
.
Seated Spinal Twist / 30 saat
Duduk dengan kaki diluruskan ke hadapan.
Bengkokkan lutut kiri dan tapak kaki rata di atas lantai
Pusingkan tulang belakang dengan menyandarkan siku kanan ke bahagian luar
lutut kiri
Kembali ke kedudukan asal dan ulangi gerakan yang sama pada siku kiri dan
bahgian lutut sebelah kiri.
.
.
Lying Torso Twist / 60 saat
Pastikan badan anda berada dalam keadaan baring
Bengkokkan lutut kanan ke arah dada sambil dipegang oleh kedua belah tangan.
Lengan kanan dilurus dan didepakan ke lantai.
Tangan kiri pula akan menarik lutut kanan ke atas badan dan memusingkannya di
sebelah kiri.
Kembali ke kedudukan asal dan ulangi gerakan yang sama pada lutut kiri dan tangan
kanan.