7 Minit Senaman Pagi Untuk Bantu Anda Kekal Cergas

7 Minit Senaman Pagi Untuk Bantu Anda Kekal Cergas

Dalam video ini saya tunjukkan kepada anda bagaimana nak boost metabolisma setiap pagi dengan HANYA 7 MINIT SAJA.

7 minit rutin senaman pagi ini tidak memerlukan apa-apa alatan dan hanya perlukan ruang sedikit sahaja.
Dalam rutin senaman pagi ini, anda hanya perlu habiskan 4 senaman untuk 10 saat anda buat, 10 saat anda rest, untuk 4 pusingan. Selepas 4 pusingan, anda akan rehat 30 saat, dan sambung dengan senaman seterusnya.

Rutin senaman pagi ini adalah untuk kurangkan berat badan, yang saya masukkan dalam rutin ini adalah 1 upper body, 1 lower body dan 2 senaman kardio.

=-=-=-=-=-=-=
Warm up dalam 3 minit
• Push Ups (10 secs on, 10 secs off) x 4 rounds
• 30 secs rest
• Burpees (10 secs on, 10 secs off) x 4 rounds
• 30 secs rest
• Air Squats (10 secs on, 10 secs off) x 4 rounds
• 30 secs rest
• Mountain Climbers (10 secs on, 10 secs off) x 4 rounds
• 30 secs rest Cooling down dengan streching.

=-=-=-=-=-=-= .
Apa kebaikan yang anda dapat? .

Kebaikan utama untuk senaman pagi yang pantas ini adalah akan boost metabolisma anda dan anda akan mulakan hari anda dengan rasa cergas dan segar.
Try buat 3-4 kali seminggu setiap pagi dan ia akan ubah tabiat anda untuk bersenam. Ianya juga membantu memudahkan pergerakkan badan, kurangkan lemak anda dan naikkan semangat anda setiap hari. .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *