8 Jenis Smoothie Sihat Sarapan Pagi Bernutrisi Tinggi

8 Jenis Smoothie Sihat Sarapan Pagi Bernutrisi Tinggi

1- Smoothie hijau

Campuran kale, lemon, pear dan serbuk teh hijau memberikan khasiat berganda. Kale padat dengan antioksidan seperti ‘quercetin’ dan ‘kaempferol’ untuk perlindungan jantung, anti-radang, anti-kemurungan dan anti-kanser.

2- Smoothie pisang

Campuran oat, yogurt, pisang dan susu di mana pisang yang sarat dengan sumber potassium untuk turunkan tekanan darah tinggi.

3- Smoothie koko asli

Campuran madu, pisang, serbuk koko dan susu almond (rendah kalori dan kaya vitamin D)

4- Smoothie tropikal

Campuran yogurt, nenas, mangga dan pisang. Nenas rendah kalori, bantu penyembuhan tisu dan penyembuhan otot selepas bersenam (post-workout recovery).

5- Smoothie avokado

Campuran yogurt, avokado, biji chia dan madu. Avokado kaya lemak sihat untuk bantu kenyang lebih lama.

6- Smoothie lobak merah

Campuran mangga, oren, lobak merah dan air kelapa. Lobak merah punyai kandungan fiber untuk kekalkan tahap gula dalam darah.

7- Smoothie beri

Campuran beri, air kelapa, yogurt dan biji chia. Beri kaya antioksidan bagus untuk kulit sihat.

8- Campuran bayam

Campuran bayam, pisang, susu dan mentega kacang. Bayam kaya vitamin A,C,K, folat dan kalsium untuk kesihatan mata.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *