Apakah Manfaat Makan Pisang?

Apakah Manfaat Makan Pisang?


1. MENGURANGKAN TEKANAN
.
Menurut Molly Kimball, seorang pakar pemakanan di Ochsner’s Elmwood Fitness Centre, New Orleans,”Cubalah makan pisang jika kita mengalami tekanan perasaan,stres atau kegelisahan.”

Hanya dengan 110 kalori dan 14 gram gula, sebiji pisang bukan saja membuatkan kita berasa kenyang,meningkat dan menstabilkan kadar gula darah, memberikan vitamin B6 sebanyak 30 peratus daripada keperluan harian tetapi ia juga membantu otak mengeluarkan hormon serotonin yang memberi kesan penenang dan dapat meredakan tekanan emosi.
.
.
2. MEMELIHARA JANTUNG DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH
.
Sebiji pisang yang sederhana boleh mencapai kadar potassium / kalium sebanyak 400 miligram. Ia sangat bermanfaat untuk memelihara kesihatan jantung serta mengawal tekanan darah.

Kalium telah terbukti sangat baik untuk memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cairan dalam badan. Kalium di dalam pisang juga dipercayai dapat membantu mencegah kekejangan otot semasa bersukan dan bersenam. Dengan kata lain, pisang juga dapat mencegah kecederaan semasa bersukan.
.
.
3. SNEK YANG SIHAT
.
Dengan hanya 110 kalori, kita boleh dapat sebanyak 3 gram serat dari sebiji pisang. Serat sangat penting dalam membantu sistem badan melancarkan proses pencernaan dan memenjangkan rasa kenyang. Ini sangat penting bagi mereka yang sedang merancang diet dan mengawal berat badan.

Pisang juga menyediakan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Dan apa yang bagusnya lagi, pisang TIDAK mengandungi lemak dan kolesterol! Dengan manfaat ini, kesan sekunder yang akan kita dapat ialah berat badan yang ideal seperti yang diidamkan.
.
.
4. MELANCARKAN PENCERNAAN
.
Pisang juga mengandungi pektin iaitu boleh membantu untuk melancarkan pencernaan secara keseluruhan dan mencegah sembelit. Pisang mempunyai kesan antasid dimana boleh membantu mencegah gastrik dengan menuetralkan asid berlebihan yang terkandung dalam sistem pencernaan. Kesan mengurangkan gastrik atau pedih ulu hati sangat penting kerana ia biasa dialami oleh mereka yang aktif bersukan dan bersenam.
.
.
5. KEKUATAN TULANG
.
Pisang juga adalah sumber zat besi (mangan dan zink). Sebiji pisang berukuran biasa menyediakan sekitar 3 miligram zat besi, sementara kita hanya mememrlukan 1.8 – 2.3 mg zat besi sehari. Zat besi ini penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang serta metabolisme badan.

Secara langsung penyerapan kalium dalam pisang dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang. Dengan ini ia dapat menjadikan kita seorang yang tegap dan kuat meskipun telah dimamah usia serta tidak mudah mendapat risiko patah tulang pada kecederaan yang kecil.
Dalam dunia kecergasan ,”Pisang sumber nutrisi yang hebat, badan sihat ambil sebiji pasti nak lagi”.

Manfaat makan pisang tersangatlah banyak. Ia sesuai dijadikan antara menu makanan sihat harian kita dalam usaha mendapatkan kesihatan dan kecergasan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *