BAGAIMANA MUZIK BOLEH MENINGKATKAN MOOD SENAMAN


Muzik mampu membantu anda untuk meningkatkan mood senaman. Jika anda lihat, ramai atlet yang menggunakan muzik ketika melakukan aktiviti senaman. Bagaimana muzik boleh meningkatkan aktiviti fizikal harian anda?
.
.
Pengaruh muzik ke atas senaman
.
✅ Mengubah kadar degupan jantung
✅ Mempengaruhi tekanan darah
✅ Mengubah kadar metabolik
✅ Mengurangkan tekanan fizikal dan mental
✅ Mengurangkan keletihan
.
.
Semua perkara tersebut mempengaruhi tenaga dalam badan manusia Apabila getaran muzik masuk ke telinga anda, ia akan bertukar menjadi denyutan dan memberi getaran kepada telinga dan memasuki saraf sehingga ke otak.
.
Getaran ini akan mempengaruhi otak anda, kemudian membantu anda melakukan pergerakan badan sesuai mengikut rentak muzik tersebut.
.
Muzik yang rancak akan menyebabkan otak anda memprosesnya secara laju dan pergi ke arah jari anda sehingga anda mengikut rentak muzik tersebut. Cuba anda perhatikan gerak badan anda apabila sedang mendengar muzik.
.
Dr. Costas Karageorphis, mengkaji mengenai psikologi manusia menemui bahawa subjek yang berbasikal sambil mendengar muzik memerlukan 7% kurang oksigen berbanding senaman tanpa muzik.
.
Kajian ini menunjukkan bahawa muzik dapat memberi tenaga yang mencukupi untuk anda melakukan aktiviti fizikal.
.
.
Penyelidik bernama Dr. Karageorphis juga mengkaji mengenai muzik dan senaman:
.
➡️ Mengganggu : muzik membantu mengalih fikiran anda ketika melakukan aktiviti fizikal
.
➡️ Memberi emosi : Jika anda mendengar lagu ketika zaman kanak-kanak, anda anda menjadi bertenaga kerana anda akan mengimbau kembali aktiviti fizikal yang anda lakukan ketika mendengar lagu tersebut pada masa dahulu. Itulah yang dimaksudkan dengan hubungan antara muzik dan emosi.
.
➡️ Memberi rangsangan : anda akan bergerak daripada hanya duduk. Jika anda mendengar muzik, anda akan mula untuk menghentakkan kaki atau jari mengikut rentak.
.
➡️ Bergerak mengikut rentak : Sebagai contoh, atlet berbasikal akan mengayuh basikal dengan laju mengikut rentak muzik jika muzik tersebut yang didengarnya adalah rentak laju.
.
.
Selarikan pergerakan anda dengan muzik akan menjadikan aktiviti fizikal anda lebih efisyen dan anda akan lebih tahan lama melakukan senaman. Muzik diibaratkan seperti dadah kepada atlet.
.
Jadi, tidak hairanlah jika ramai atlet mendengar muzik yang mempunyai rentak laju. Muzik bukan sahaja meningkatkan peredaran darah, namun boleh mempengaruhi kadar denyutan jantung.
.
Dalam kecergasan badan, anda perlu mencapai denyutan jantung yang ditetapkan untuk mencapai tahap puncak.
.
Jika aktiviti yoga, mereka mendengar muzik yang lebih perlahan dan menenangkan. Muzik seperti ini akan membantu badan untuk lebih tenang, melatih keseimbangan dan mudah melakukan pergerakan.
.
.
Menurut Dr. Karageoghis, ramai atlet akan menggunakan rentak lagu antara julat 120 hingga 145 kadar denyutan jantung ketika bersenam. Julat ini merupakan tahap optimum untuk merangsang badan melakukan senaman.
.
.
Apakah aktiviti anda?
.
? Yoga
? Berenang
? Berjalan
? Berlari
? Berbasikal
.
.
Cuba fikirkan aktiviti yang anda lakukan. Berlari adalah rentak laju, manakala yoga adalah rentak perlahan. Anda perlu memilih rentak lagu yang sesuai mengikut jenis aktiviti yang anda ingin lakukan untuk membantu badan anda lebih tahan lama.
.
.
Berikut adalah beberapa jenis cadangan untuk senaman dan lagu:
.
.
✅ Berjalan: 135 – 140 bpm
Cadangan lagu : Beat It by Michael Jackson -139 bpm
.
✅ Berlari: 150 – 175 bpm
Cadangan lagu: Bang Bang by K’naan and Adam Levine – 180 bpm
.
✅ Berenang: 140 – 160 bpm
Cadangan lagu: Higher Ground by Red Hot Chili Peppers – 141 bpm
.
✅ Berbasikal di jalan: 135 – 170 bpm
Cadangan lagu: Hey Ya by OutKast – 160 bpm
.
✅ Berbasikal di tempat tertutup: 135 – 175 bpm
Cadangan lagu: Pump It by The Black Eyed Peas – 153 bpm
.
.

hitfat #sethhitfat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *