Bagaimana Nak Atasi Lemak Di Perut?

Bagaimana Nak Atasi Lemak Di Perut?

Cara terbaik untuk mengurangkan lemak perut (visceral fat) adalah dengan mengurangkan berat badan dan diet.

Visceral fat bertindak balas lebih baik tehadap diet dan senaman daripada lemak di bahagian punggung.

Melakukan aktiviti senaman secara teratur juga dapat menghilangkan masalah visceral fat.

Pilihan lain adalah ubat, tetapi kajian menunjukkan bahawa ini tidak begitu efektif dalam mengurangkan visceral fat seperti mana melakukan senaman.

Liposuction tidak berfungsi untuk membuang masalah visceral fat.

Walaupun anda tidak dapat mengubah genetik, hormon atau usia anda, tetapi anda dapat mengurangkan risiko penyakit anda dengan:

  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari ( contohnya, berjalan perlahan, berbasikal, senaman aerobik dan latihan kekuatan).
  • Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
  • Jangan merokok.
  • Mengurangkan minuman bergula.
  • Tidur secukupnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *