Berlari Membantu Untuk Kurangkan Berat Badan

Berlari Membantu Untuk Kurangkan Berat Badan

Ramai orang yang berlari kerana ingin menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kebanyakan orang yang berlari adalah ingin membakar lemak terkumpul.

Tetapi anda diingatkan beberapa perkara sebelum memulakan senaman berlari:
.
.
Tip 1️⃣ : Berikan masa untuk suaikan diri

Ketika berlari, ligament, tendon dan tulang akan memberi banyak kesan kepada kesihatan anda. Apabila anda berlari 3-4 hari seminggu, anda akan mendapati berlari sejauh 2-3 km adalah mudah.

Malah anda boleh berlari laju dan kurang rasa penat. Badan anda mengambil masa selama seminggu lebih untuk menyesuaikan diri dengan senaman yang anda lakukan berulang setiap hari.
.
.
Tip 2️⃣ : Berlari secara konsisten

Jika anda boleh konsisten dan berdisiplin dengan berlari, anda boleh melihat banyak perubahan dalam diri anda. Bukan sahaja anda boleh menurunkan berat badan, tetapi anda juga dapat meningkatkan keyakinan diri serta mengurangkan tekanan. Lakukan ia secara berkala dan konsisten.
.
.
Tip 3️⃣ : Sertai program larian / berjalan kaki

Jika ada program larian atau berjalan kaki, anda disarankan untuk menyertainya. Program seperti itu adalah lebih seronok kerana anda melakukanya secara beramai-ramai.

Anda akan mudah termotivasi apabila melihat kawan-kawan serta orng sekeliling. Program seperti ini kebiasaannya mengambil masa 30-40 minit.
.
.
Tip 4️⃣ : Tambah kekuatan dan intensiti

Perkara yang perlu anda titik beratkan dalam berlari adalah bahagian otot yang perlu anda fokuskan. Anda perlu melakukan reganagn yang mudah seperti tekan tubi dan squat.

Dengan cara ini,badan anda akan lebih bersedia untuk anda tambah kelajuan serta intensity ketika berlari.
.
.
Tip 5️⃣ : Komitmen ketika berlari

Jika anda ingin meneruskan senaman larian kerana ingin menurunkan berat badan, anda perlu meningkatkan volume iaitu jarak dan masa anda berlari. Berlari dengan perlahan dalam jangka amsa yang agak lama dapat membakar lemak di badan walaupun selepas anda tamat berlari.

Penting untuk anda memberi komitmen semasa berlari kerana badan anda akan bekerja seperti yang anda usahakan.
.
.
Tip 6️⃣ : Ketahui perkembangan latihan

Jangan terlalu ingin mengejar target akhir hingga anda tersalah cara senaman. Berlari dengan laju dan intensiti tinggi setiap hari boleh memberi kecederaan kepada badan anda. Dapatkan nasihat daripada jurulatih tentang cara yang betul supaya anda dapat melakukan senaman dengan betul.

Anda juga dapat mengetahui perkembangan diri anda sebelum, semasa dan selepas jika anda mengikut latihan yang disarankan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *