Masa Penyediaan : 1 Jam 30min (60 biskut)
Kalori per hidangan : 162 kcal, carbs 23,9g, protein 2.4g, fat 6.6g
Bahan – Bahan :
175g (1½ cawan) tepung gandum
60g (½ cawan) tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik
60g (2 cawan) emping jagung bijirin penuh, dikisar halus
60g (2 cawan) bijirin gandum penuh, dikisar halus
150g (1 cawan) aprikot kering, dicincang halus
150g (¾ cawan) mentega atau marjerin
100g (½ cawan) gula kastor
1 camca teh esen vanila
1 biji telur saiz besar
Untuk kepelbagaian: Hiaskan dengan kacang (kacang gajus atau badam) atau buah ceri.
Cara – cara :
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik dan gaulkan bersama emping jagung bijirin penuh, bijirin gandum penuh dan aprikot yang telah dicincang. Gaulkan dengan sebati dan biarkan sebentar.
- Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga menjadi krim dan gebu. Masukkan telur dan pukul adunan.
- Campurkan adunan dengan campuran tepung dan gaul adunan sehingga doh yang lembut terhasil.
- Gelek doh menjadi 1 cm tebal dan potong doh dengan pemotong atau cetak biskut mengikut kreativiti anda.
- Letakkan doh yang telah dipotong tadi di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak, jarakkan doh untuk memberi ruang ia mengembang.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 15-20 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.
- Keluarkan dari ketuhar pembakar dan biarkan sejuk selama 20 minit.