Biskut Bijirin Aprikot Wholewheat

Biskut Bijirin Aprikot Wholewheat

Masa Penyediaan : 1 Jam 30min (60 biskut)

Kalori per hidangan : 162 kcal, carbs 23,9g, protein 2.4g, fat 6.6g

Bahan – Bahan :
175g (1½ cawan) tepung gandum
60g (½ cawan) tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik
60g (2 cawan) emping jagung bijirin penuh, dikisar halus
60g (2 cawan) bijirin gandum penuh, dikisar halus
150g (1 cawan) aprikot kering, dicincang halus
150g (¾ cawan) mentega atau marjerin
100g (½ cawan) gula kastor
1 camca teh esen vanila
1 biji telur saiz besar
Untuk kepelbagaian: Hiaskan dengan kacang (kacang gajus atau badam) atau buah ceri.

Cara – cara :

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik dan gaulkan bersama emping jagung bijirin penuh, bijirin gandum penuh dan aprikot yang telah dicincang. Gaulkan dengan sebati dan biarkan sebentar.
  2. Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga menjadi krim dan gebu. Masukkan telur dan pukul adunan.
  3. Campurkan adunan dengan campuran tepung dan gaul adunan sehingga doh yang lembut terhasil.
  4. Gelek doh menjadi 1 cm tebal dan potong doh dengan pemotong atau cetak biskut mengikut kreativiti anda.
  5. Letakkan doh yang telah dipotong tadi di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak, jarakkan doh untuk memberi ruang ia mengembang.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 15-20 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.
  7. Keluarkan dari ketuhar pembakar dan biarkan sejuk selama 20 minit.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *