Cadangan Pengambilan Protein Untuk Atlet

Cadangan Pengambilan Protein Untuk Atlet

Pengambilan protein untuk sehari adalah berbeza untuk setiap individu atlet dan jenis sukan:

  • Cadangan pengambilan protein secara umum untuk setiap atlet dalam masa sehari adalah sebanyak 1.0-2.0 g/kg/hari.
  • Untuk atlet rekreasi (recreational athletes) sebanyak 1.0 g/kg/hari.
  • 1.2-1.7 g/kg/hari atau 1.5-2.0 g/kg/hari disyorkan untuk atlet kuat (strength).
  • Atlet ketahanan (endurance) dalam latihan berat memerlukan pengambilan protein sebanyak 1.2-1.4 g/kg/hari.
  • Atlet ketahanan yang ultra (ultrendurance) memerlukan pengambilan sebanyak 1.2-2.0 g/kg/hari.

Pengambilan protein untuk atlet yang ‘vegetarian”:

  • Bagi atlet yang “vegetarian” akan memerlukan pengambilan protein lebih daripada cadangan umum iaitu 1.0-2.0 g/kg/ hari + 0.8 g/kg/hari.
  • Hal ini kerana; perlu mengambil kira jenis protein dari sumber tumbuhan yang mempunyai tahap penghadaman yang rendah.
  • Lebihkan pengambilan sumber sayuran yang kaya dengan protein.

Pengambilan protein sebelum, semasa dan selepas latihan:

  • Pengambilan protein sebelum memulakan latihan
  • Untuk pengambilan protein sebelum latihan, tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk membuktikan kebaikan pengambilannya sebelum latihan.

Pengambilan karbohidrat-protein semasa latihan:

  • Pengambilan karbohidrat dan protein semasa latihan perlula mencukupi dan nisbah untuk pengambilan kedua-duanya ialah sebanyak 3:1 atau 4:1.

Pengambilan karbohidrat-protein selepas latihan:

  • Pengambilan protein selepas latihan sangat penting untuk membantu memulihkan otot dan tisu badan.
  • Pengambilan makan yang mengandungi amino acid sebanyak 10-20 g (protein) terutamanya dari sumber haiwan dengan kadar segera selepas latihan sangat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Karbohidrat juga diperlukan oleh badan untuk membekalkan tenaga dan menyimpan kembali glycogen.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *