Kalori Makan Semasa Raya

Kalori Makan Semasa Raya

Aneka rendang

  • Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
  • Kurangkan menyajikan makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak
  • Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang
  • Potong ayam atau daging dalam size yang kecil

.

.

Aneka pulut

Ketupat palas merupakan antara makanan yang popular di hari raya. Siapa sangka 1 biji ketupat yang seberat 50 gram memiliki kalori sebanyak 130 kcal.

Ketupat palas mengandungi jumlah kalori yang lebih tinggi berbanding ketupat biasa yang hanya memiliki sebanyak 80 kcal. Ni belum campur kalori dari minyak kalau korang buat ketupat palas goreng.

Selain ketupat, menu yang sering menjadi kegemaran ialah lemang. Rasanya yang lebih berlemak berbanding ketupat membuatkannya antara makanan yang mempunyai banyak kalori.

Satu potong kecil yang berukuran 1cm tebal mempunyai kalori sebanyak 100 kcal. Cuba bayangkan kalau korang sekali makan 5-6 keping lemang, dah mencecah 500-600 kcal. Jumlah kalori tu tak masuk rendang lah, serunding lah.

.

.

Tips:
1) Jangan berlebihan, makanlah sedikit.
2) Kurangkan kuantiti, hidangannya kecil.
3) Ambil bersama air kosong
Makan-makan juga, kalori jangan dilupa!

.

.

Aneka sate:
Juadah sate mestilah disertakan dengan ulaman seperti timun dan bawang kerana ia dapat sebagai penawar semulajadi yang baik kepada karsinogen yang terdapat dalam
makanan bakar seperti sate.

Karsinogen ialah agen yang boleh menyebabkan kanser atau pertumbuhan barah dalam tisu. Jadi, jangan lupa untuk ambil timun dan bawang semasa makan sate!

.

.

Hidangan berat:
Semasa makan makanan berat, jangan lupa untuk selalu ikut konsep suku-suku separuh yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Suku-suku separuh yang dimaksudkan oleh KKM ialah suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein dan separuh pinggan sayuran dan buahan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *