KEBAIKAN LEMAK UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

KEBAIKAN LEMAK UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN


➡️ Untuk mengekalkan fungsi otak sentiasa optimal – Kajian mendapati hampir 60% daripada tisu otak terdiri daripada lemak dan lemak yang dimaksudkan mestilah berasal dari ikan (asid lemak omega 3), alpukat dan kacang. Bayangkan apa akan berlaku pada otak and jika anda tidak mengambil lemak langsung dalam sumber diet anda
➡️ Membantu dalam penyerapan vitamin – lemak juga memainkan peranan penting dalam penyerapan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan seperti vitamin A, D, E dan K. Tanpa ada lemak, semua vitamin ini tidak dapat diserap oleh tubuh.
➡️ Mengelakkan datangnya Alzheimer lebih awal – Apabila orang menjadi lebih tua, pelbagai masalah kesihatan akan terdedah kepada munculnya penyakit Alzheimer, Parkinson atau gangguan otak yang lain. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak dapat membantu penyerapan vitamin D sekaligus mengurangkan pelbagai masalah dan gangguan otak.
➡️ Menjaga kesihatan organ paru-paru – Lemak meminkan peranan penting dalam membantu paru-paru berfungsi dengan lebih optimum. Ini kerana hamper kebanyakan organ paru-paru disalut dengan lemak.
➡️ Meningkatkan sistem imunisasi – Pengambilan lemak yang mencukupi boleh membantu sel darah putih dalam mencegah dan memusnahkan pelbagai virus, bakteria dan kulat yang boleh membahayakan kesihatan.
➡️ Membantu dalam penjagaan kulit wajah dan badan – Dengan lemak yang mencukupi yang diperlukan oleh badan, maka sel-sel konstituen tubuh akan dikekalkan dengan kesihatan dan akhirnya kulit menjadi lebih sihat, licin dan bersinar sepanjang masa.
➡️ Jantung akan menjadi lebih sihat dan lebih kuat – Lemak tepu terutamanya menyumbang kepada peningkatan kesihatan organ jantung antaranya adalah minyak kelapa tepu.
.
.
KEBURUKAN LEMAK
.
.
Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol yang tinggi merupakan penyebab penyakit kardiovaskular. Gizi yang kaya dengan lemak tepu menyebabkan kolesterol berlebihan terenap pada dinding arteri.
.
Kesan dari pemendapan kolesterol tersebut adalah lumen arteri akan menjadi sempit dan akhirnya seseorang itu akan menghidap penyakit kardiovaskular seperti arteriosk dan tekanan darah tinggi. Seseorang itu jugak berkemungkinan terkena serangan penyakit jantung dan strok.
.
Diet yang tinggi lemak boleh menjejaskan organ pencernaan, termasuk perut dan kolon. Sekiranya seseorang itu menghidap kencing manis yang disebabkan oleh ketidakseimbangan diet, makanan berlemak boleh menyebabkan simptom gastroparesis, atau melambatkan pengosongan perut semasa penghadaman. Sekiranya diet tersebut tinggi lemak tepu sehingga menjejaskan pengambilan serat, ia mungkin menjadi sembelit kerap.
.
Lebihan lemak dan kekurangan serat dalam diet seseorang boleh menyebabkan pertumbuhan sel kanser yang boleh merebak ke banyak organ. Kajian melaporkan bahawa berat badan berlebihan yang disebabkan oleh penggunaan terlalu banyak lemak juga meningkatkan risiko kepada kanser kolon, pundi hempedu, organ ginjal dan pembiakan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *