Kelebihan Roti Gardenia Wholegrain with canadian purple Wheat

Kelebihan Roti Gardenia Wholegrain with canadian purple Wheat

Roti Gardenia Wholegrain with canadian purple Wheat yang paket berwarna ungu merupakan salah satu jenis roti wholemeal yg terdapat di pasaran.
.
.
Apakah keistimewaan purple wheat yang membuatkan ia berbeza dengan roti wholemeal yang lain?
.
1. Anthocyanin & Asid Phenolid
.
Kajian telah dilakukan di AAFC yang menunjukkan “purple wheat” mengandungi anthocyanin dan asid phenolid yang tinggi berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel-sel badan dimana ia berkait dengan penuaan dan penyakit.
.
Tambah pula, pakar pemakanan di bahagian kesihatan manusia dan sains nutrisi turut menyatakan nilai nutrisi gandum perlu di tambah baik dengan anthocyanin kerana ia menghasilkan antioksida dan kesan anti keradangan.
.
.
2. Sumber karbohidrat yang terbaik dalam Diet.
.
Canadian Purple Wheat mempunyai lebih tinggi seratnya berbanding jenis yang lain serta kalori yang rendah. Ini akan mbantu anda mengawal porsi tetapi kenyang lebih lama. Selain itu, makanan yang tinggi seratnya boleh membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Makanan yang baik untuk diet perlu tinggi dengan vitamin selain berkalori rendah untuk mengawal berat badan, ini membuatkan purple wheat ideal untuk diet.
.
.
3. Glycemix Index yang rendah
.
Pernah nampak tak di bungkusan roti gardenia ada tulis G.I Value? G.I Value itu adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I , bermakna ianya lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori dan kandungan gula akan meningkat dengan cepat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *