Bahan-bahan penkek
2 cawan tepung badam (dikisar halus)
¼ cawan minyak kelapa
½ cawan air
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh vanilla
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh truvia
½ sudu teh mentega
2 sudu teh maple syrup (tanpa gula)
1/3 cawan blueberi
Bahan-bahan inti penkek:
4 biji telur putih
2 biji telur
1 cawan bayam
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Kemudian biarkan adunan lebih kurang 10 minit.
- Panaskan kuali leper, pada suhu sederhana, sumburkan semburan memasak (nonstick cooking spray), kemudian tuangkan aduanan penkek bersaiz 3 inchi. Terbalik penkek apabila bahagian tepi penkek menjadi kering. Teruskan memasak selama 2 minit. Kemudian sejukkan apabila sudah siap.
- Cara penyediaan inti, masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali yang disembur dengan semburan nonstick. Kemudian kacau sehingga masak.
- Hidangkan 2 keping lempeng kayu manis bersama intinya dengan taburan mentega, syrup dan blueberi di atasnya.