Lempeng Kayu Manis Rendah Karbohidrat

Lempeng Kayu Manis Rendah Karbohidrat

Bahan-bahan penkek
2 cawan tepung badam (dikisar halus)
¼ cawan minyak kelapa
½ cawan air
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh vanilla
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh truvia
½ sudu teh mentega
2 sudu teh maple syrup (tanpa gula)
1/3 cawan blueberi
Bahan-bahan inti penkek:
4 biji telur putih
2 biji telur
1 cawan bayam


Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Kemudian biarkan adunan lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan kuali leper, pada suhu sederhana, sumburkan semburan memasak (nonstick cooking spray), kemudian tuangkan aduanan penkek bersaiz 3 inchi. Terbalik penkek apabila bahagian tepi penkek menjadi kering. Teruskan memasak selama 2 minit. Kemudian sejukkan apabila sudah siap.
  3. Cara penyediaan inti, masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali yang disembur dengan semburan nonstick. Kemudian kacau sehingga masak.
  4. Hidangkan 2 keping lempeng kayu manis bersama intinya dengan taburan mentega, syrup dan blueberi di atasnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *